2012年12月19日星期三

Perbahasan


   Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis,barisan hakim yang arif lagi bijaksana,para pembangkang yang saya hormati,dan hadirin sekalian.
            Saya selaku pihak pencadang bersetuju dengan tajuk yang diperbahaskan pada hari ini,iaitu”Hidup di Bandar Lebih Baik daripada Hidup di Kampung”.
Hadirin sekalian,
            Jika kita hidup di bandar,peluang pekerjaan banyak kita  peroleh.Kilang-kilang dan pejabat-pejabat banyak terdapat di bandar dan memberi peluang pekerjaan kepada kita.Jika di kampung,hanya bidang pertanian sahaja yang boleh kita ceburi.
            Di bandar,banyak kemudahan awam yang boleh kita gunakan.Jika tinggal di bandar,kita tidak mengalami kesukaran untuk berhubung,mendapat rawatan,dan sebagainya.
            Pusat-pusat pengajian tinggi juga banyak terdapat di bandar-bandar.Selain itu,kita juga senang memperoleh barang yang diingini kerana di bandar terdapat pasar raya yang besar.
            Berdasarkan hujah-hujah yang saya berikan ini,maka tidak dapat dinafikan lagi bahawa hidup di bandar memang lebih baik jika dibandingkan dengan hidup di kampung .Sekian ,terima kasih.               276         

没有评论:

发表评论