Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis,barisan
hakim yang arif lagi bijaksana,para pembangkang yang saya hormati,dan hadirin
sekalian.
Saya selaku pihak pencadang
bersetuju dengan tajuk yang diperbahaskan pada hari ini,iaitu”Hidup di Bandar
Lebih Baik daripada Hidup di Kampung”.
Hadirin sekalian,
Jika kita hidup di bandar,peluang pekerjaan
banyak kita peroleh.Kilang-kilang dan
pejabat-pejabat banyak terdapat di bandar dan memberi peluang pekerjaan kepada
kita.Jika di kampung,hanya bidang pertanian sahaja yang boleh kita ceburi.
Di bandar,banyak kemudahan awam yang
boleh kita gunakan.Jika tinggal di bandar,kita tidak mengalami kesukaran untuk
berhubung,mendapat rawatan,dan sebagainya.
Pusat-pusat pengajian tinggi juga
banyak terdapat di bandar-bandar.Selain itu,kita juga senang memperoleh barang
yang diingini kerana di bandar terdapat pasar raya yang besar.
Berdasarkan hujah-hujah yang saya
berikan ini,maka tidak dapat dinafikan lagi bahawa hidup di bandar memang lebih
baik jika dibandingkan dengan hidup di kampung .Sekian ,terima kasih. 276